Rabu, 27 April 2011

PeRuT ooHh PeRut

Disebabkan selalu sakit perut...aku pn pg menyerah diri semalam kat endoskopi hukm ditemani Cik Shahizan Md Kasa :)..tq aa..
pertama kali tangan aku kne cucuk..
Info penyakit Gastrik
Tanda gastrik* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan.
* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut.
* Terasa loya.
* Berat badan turun.
* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut
antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam.
* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah).
* Kerap sendawa.
Penyakit lain berkaitan sakit perut
Pedih ulu hati - Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk.


Batu dalam pundi hempedu - Boleh menyebabkan seseorang pedih pada bahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit.


Radang pankreas - Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak.


Ulser perut - Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dinding
mukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi
bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil
Punca gastrik
Tekanan dan merokok antara punca GastrikTEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.



Menurut Pakar Perubatan dan Perunding Gastroenterelogi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Aminuddin Ahmad, perut adalah kawasan rembesan asid dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur dan menyerap bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin inilah yang merosakkan permukaan perut. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser," katanya.


Bagaimanapun, katanya pembengkakan permukaan perut boleh disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu . Ubat steroid dan bukan steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional Melayu dan Cina juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi gastrik.
Beliau memberitahu, masalah gastrik ini juga dikatakan mempunyai kaitan akibat jangkitan bakteria helicobacter pylori. Bakteria ini, walaupun telah lama wujud di dalam perut, namun hanya dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini ia dikaitkan dengan penyakit gastrik. "Kajian menunjukkan kadar jangkitan bakteria ini mempunyai kaitan dengan peningkatan umur seseorang pesakit. "Lebih 50 peratus daripada pesakit yang berumur melebihi 50 tahun dijangkiti bakteria ini," katanya.


Jelasnya lagi, lelaki dewasa lebih kerap mendapat gastrik berbanding wanita. Antara tiga kumpulan bangsa di Malaysia yang paling tinggi diserang gastrik ialah Cina, India dan Melayu. "Manakala jangkitan bakteria helicobacter pylori agak tinggi di kalangan bangsa India, Cina dan diikuti oleh Melayu," katanya. Katanya, pesakit yang mengadu rasa sakit pada bahagian hulu hati perlu mendapat pemeriksaan lebih rapi kerana terdapat pelbagai punca masalah yang perlu dikenal pasti.


Ini kerana untuk memastikan pesakit tidak menghidap penyakit-penyakit lain seperti ulser yang boleh menembusi perut (atau kanser) terutamanya di kalangan pesakit yang melebihi umur 40 tahun. Kesakitan pada kawasan perut atau hulu hati ini boleh disebabkan oleh pembengkakan esofagus, pembesaran pembuluh darah esofagus (varisis esofagus) dispepsia atau ketidakselesaan usus kerana gangguan pergerakan (mortality) dan sebagainya. "Oleh itu, pesakit haruslah berjumpa pakar untuk memastikan jenis penyakit yang dialami serta rawatan yang sewajarnya," jelasnya. Selain berfungsi sebagai kawasan penyerapan bahan-bahan makanan, perut juga merupakan satu organ yang menjalankan proses pencernaan terhadap bahan-bahan makanan yang diambil.


Beliau memberitahu, antara golongan yang berisiko tinggi dan terdedah kepada penyakit gastrik ialah mereka yang mempunyai tabiat menghisap rokok dan meminum minuman keras. Sekiranya gastrik ini berterusan dan menjadi kronik gejala klinikal ini akan berlaku secara berulang-ulang terutamanya di kalangan mereka yang tidak menjaga waktu makan yang betul.
PUNCA GASTRIK
  • Merokok
  • Meminum minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria helicobacter pylori
  • Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
  • Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
  • Gaya hidup yang tertekan (stress)
  • Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).
Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik. Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.Bagaimanapun, dari segi saintifik pula, tiada bukti jelas menunjukkan bahawa makanan ini mempunyai kesan secara langsung terhadap gastrik. Biasanya pesakit tidak akan diberi senarai makanan yang tidak boleh dimakan. Ini kerana, walaupun di kalangan pesakit yang menghidap penyakit yang sama tetapi makanan yang tidak boleh dimakan adalah tidak sama.


Oleh itu, pesakit harus sedar dan tahu makanan yang sepatutnya mereka hindari.


Isnin, 25 April 2011

SeManGat KenTAL EmAK

x lama lg, insyallah mak dh blh berjalan menggunakan kaki palsu. video ni menunjukan mak tgh traning pertama kalinye (23 Mei 2011)menggunakan kaki palsu setelah 2 tahun tidak berdiri. Syabas mak:). Terima kasih banyak2 kepada tenaga pengajar di Teh Lin Prosthetic terutama kpd Mr Kwan dan Cik Syima.

Khamis, 21 April 2011

Hari ni saya baru berjinak-jinak dengan dunia blog. saya x pndai..tp saya cbe menulis dgn cara saya. saya nk kongsi xtvt saya hari ni, saya baru balik dari hospital, hantar emak traning kaki palsu. sian mak..walau cemane pn keadaan mak dia ttp optimis. kdg2 tgk mak..semangat dia lbh kuat dri org biasa. melihatkan kaki palsu dia..saya teringat iklan othman hafsham. "Jalan ke depan dan jangan jalan ke belakang!''

CoPy Org Pnye..TipS MemBeli KeReTa TerPaKAi

JIKA anda ingin membeli kereta terpakai, mungkin beberapa petua di sini berguna bagi mengelakkan diri anda tertipu. Maklum saja dalam dunia sekarang, peniaga melakukan pelbagai tipu helah untuk meraih keuntungan. Oleh itu, berwaspadalah supaya anda tidak terbeli kereta terpakai yang pernah terbabit dalam kemalangan atau kereta potong.
Ketika anda membeli kereta, periksa beberapa perkara seperti berikut:
1. Luaran : cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan).
Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama ketika pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka).
2. Dalaman : Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan stereng. Selak pelapik bumbung di tiang A. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak. Kereta yang mengalami kemalangan teruk akan di sambung di bahagian ini. Begitu juga kereta sambung (kereta potong) yang semakin popular sekarang.
Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak). Ketika memandu uji (test drive), cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta.
3. Enjin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke bengkel dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikannya.
Kita boleh periksa keadaan enjin dengan merasanya menggunakan jari sama ada minyak hitam berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan enjin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta itu kerana mungkin salah satu gasket dalam enjin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall enjin tanpa tukar barang dalam enjin).
4. Turunkan kereta buka bonet dan periksa enjin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, injap sudah hendak kena gramme atau piston ring sudah longgar. Pasangkan kembali dan cuba hidupkan kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tidak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam sudah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi).
Periksa pendawaian keseluruhan kereta. Ada atau tidak pengubahsuaian. Kadangkala pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakan. Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang sudah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt.
Hidupkan enjin dan hidupkan penghawa dingin, kedua-dua kipas berpusing, tutup penghawa dingin, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam enjin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan enjin selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam enjin berpusing dan berhenti secara automatik. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.
5. Pemanduan : Pandu kereta pada jalan yang lurus, lepaskan stereng dan kereta mesti bergerak lurus bukan menghala ke kiri atau kanan saja. Kalau ia ke kiri atau ke kanan ini mesti ada masalah pada sistem stereng.
6. Yang akhir, dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat, jenis kenderaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati daripada geran kereta. Periksa sama ada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat itu ke JPJ dan balai polis trafik terdekat dan periksa sama ada kereta tu “selamat” atau tidak.